Friday, 29 March 2013

Orang Yang Bijak Adalah Orang Yang Tahu Untuk Membahagikan Masa Yang Ada Dengan Baik. Semoga Kita Semua Tergolong Dalam Golongan Tersebut.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari demi hari berlalu, minggu demi minggu dan begitulah seterusnya.

Namun begitu, isunya adalah adakah kita benar-benar menggunakan nikmat tersebut dengan baik dalam kehidupan seharian kita?

"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya iaitu kesihatan dan kelapangan" (Hadis Riwayat Bukhari)

Mari kita fikirkan sebentar daripada pelbagai sudut - aspek solat fardhu, aspek menutup aurat, aspek menutur kata-kata yang baik, aspek menghormati orang tua, aspek amalan-amalan sunat, aspek bercakap benar dan lain-lain.

Bagaimana rasanya?

Adakah kita menggunakan masa yang telah diberi dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang hamba pada jalan yang diredhai oleh Allah? Atau sebaliknya?

Jika ya Alhamdulillah, biar istiqomah.
Jika tidak, jangan kecewa masih ada lagi masa insha-Allah untuk kita berubah.

Saya berpesan pada diri saya dan juga para pembaca agar berubahlah menjadi orang yang lebih baik.

Tidak ada apa yang hendak dimalukan jika digelarkan sebagai budak baik seperti budak nerd, budak surau, naqib, pengawas atau apa sekalipun - yang penting kita ikut apa yang betul disisi syariat agama.

Meskipun begitu, mungkin orang sekeliling nampak kita sudah berubah ke arah kebaikan tetapi di sini pentingnya untuk kita bermuhasabah - hanya diri sendiri tahu yakni adakah kita benar sudah berubah atau tidak.

Tidak mengapa, jika rasa tidak mampu untuk bergerak sendirian, carilah kawan / sahabat yang baik akhlak dan agamanya agar beliau sedikit-sebanyak mampu mempengaruhi diri kita untuk melakukan suatu perubahan ke arah kebaikan.

Jika masih tidak jumpa jangan sedih, berdoalah pada Allah agar Dia menemukan saudara / saudari dengan kawan / sahabat tersebut.

Jangan malu untuk minta dinasihati kerana nasihat itu sangat berguna untuk dijadikan sebagai panduan dalam melakukan suatu perubahan.

Kita tidak tahu tentang kelemahan diri kita, sebaliknya orang sekeliling yang mudah melihatnya.

Apa yang penting dalam berkawan adalah biar ikhlas dan apabila kita ikhlas insha-Allah kita akan merasai kemanisan dalam menjalinkan hubungan persahabatan.

Benar, ini bukan main-main.

Hurm....

Saya mohon maaf sekiranya penulisan saya sejak kebelakangan ini kurang bermutu - susun atur, gaya bahasa etc.

Hal ini mungkin disebabkan saya jarang menulis menjadikan saya sedikit kekok dan lambat dalam mengarang.

Astaghfirullah. Tiba-tiba hati saya terdetik seperti:

"Allahuakbar, kalau Allah nak tarik sesuatu nikmat seperti reti / tahu mengarang ni sekejap sahaja Dia boleh tarik. Kecilnya aku."

Baiklah, saya tidak mahu membuang masa.

Saya ingin berkongsi beberapa cerita yang boleh dijadikan teladan buat kita semua insha-Allah.

Selamat membaca!

Solat Itu Adalah Tiang Agama - Sesibuk Mana Sekalipun Diri, Solat Perlu Dilaksanakan.


Sebentar tadi kira-kira selepas menunaikan solat fardhu Maghrib di stesen minyak Petronas ada sekeping poster renungan tentang 'Bahaya Meninggalkan Solat' (maaf, tajuknya saya kurang ingat) yang dilekatkan pada dinding.

Ianya membuatkan saya terfikir dan merenung jauh lalu saya beristighfar.

Sebelum itu cuba kita renungkan kembali berapa banyak waktu solat fardhu yang kita tinggalkan dengan sengaja?

Kemudian, berapa pula dengan tidak sengaja?

Lantas, persoalkan diri - Adakah aku sudah menggantikannya?

Mungkin ada yang berpendapat apa yang terlepas biarlah berlalu tidak perlu diganti.

Tidak! Itu salah. Astaghfirullah.

Samada solat yang sengaja atau tidak sengaja ditinggalkan ianya wajib diganti.

Perlu faham apakah definisi wajib.

Cuma dalam isu bilakah ianya perlu diganti mungkin jadi tanda soal.

Saya pernah terbaca salah satu cara untuk menggantikannya adalah dengan setiap kali selepas bersolat fardhu kita terus laksanakan solat ganti.

Hurm... Macam tidak begitu jelas apa yang ingin saya sampaikan.

Begini, ayuh kita lihat dalam contoh. Mungkin mudah untuk difahami.

Sebagai contoh Ramzi (bukan nama sebenar) ingin menggantikan solat fardhu Isya' lalu apa yang perlu dibuatnya adalah solat dahulu fardhu Isya' seperti biasa lalu selepas solat Isya' dia ingin tunaikan solat sunat selepas Isya' - tiada masalah boleh tunaikan.

Lantas, selepas itu barulah dia tunaikan solat fardhu Isya' yang telah ditinggalkannya secara sengaja atau tidak sengaja itu tadi.

Wallahu a'lam. 

Mohon check semula pada ustaz / ustazah kalian.

Jika saya tersalah, mohon maaf atas kekurangan diri ini juga tegurlah saya. 

Sungguh, saya amat suka jika ditegur.


gambar hiasan

Saya harap apa yang ingin saya sampaikan jelas insha-Allah.

Oh ya! Ingin saya ingatkan, ya memang ianya perlu dan boleh diganti tetapi tidak bermakna solat fardhu boleh ditinggalkan dengan sewenang-wenangnya.

Ingat! Ianya tiang agama dan perkara pertama dihisab kelak.

Jika baik solat kita maka baiklah hala tuju kita di Akhirat kelak. Insha-Allah.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata dalam satu hadis:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya kepada Nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW, “Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tambahan pula ada ayat Al-Quran yang membicarakan tentang orang yang tidak mengerjakan solat:

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan." (Al-Muddaththir 74:42-46)

Fikir-fikirkan.

Bagi sesiapa yang belum bersolat, boleh tunaikan segera.

                                                                         Saujana

Berbalik semula pada poster tadi, di situ terdapat nisbah dosa bagi pelaku yang tidak mengerjakan solat;

  • Subuh - Pelaku akan diseksa 60 tahun di dalam neraka.
  • Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
  • Asar - Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
  • Maghrib - Dosanya seperti berzina dengan ibu (jika lelaki) / ayah (jika wanita).
  • Isya' - Allah tidak redha dia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.

 Justeru, jagalah solat.
 
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah 2:153)

Jangan menganggap ia mudah.

Perlu faham, solat adalah mudah dan tidak susah cuma manusia yang menganggap ia susah.

My brothers and sisters,

mari kita tunaikan solat pada setiap waktu insha-Allah.

Mari kita ikut sunnah Rasulullah s.a.w. dalam bab bersolat yakni;

  • Solat pada awal waktu.
  • Solat di tempat azan dilaungkan.
  • Solat secara berjemaah.

Dalam erti kata mudahnya, solatlah secara berjemaah di surau atau masjid apabila azan sudah dilaungkan tandanya masuk waktu solat bagi laki-laki.

Wanita juga boleh laksanakan solat di masjid tiada masalah cuma lebih elok jika ianya dilaksanakan di rumah - kefahaman lanjut

Semoga kita, ibu ayah kita, keluarga kita dan semua orang di sekeliling kita tergolong dalam golongan orang yang menjaga solat. Insha-Allah.

                                                                 Mufti Ismail Menk

                                                               Dr. Muhammad Salah

Berpesan-Pesan Untuk Kebaikan Itu Perlu Dila sanakan Oleh Setiap Muslim.


"Amar makruf nahi mungkar itu adalah fardhu ain atas setiap individu" - Mufti Ismail Menk

Ini bermaksud, kita perlu mencegah apa sahaja kemungkaran yang berlaku di hadapan kita samada menggunakan perbuatan, percakapan juga hati dan ketahuilah bahawa mencegah menggunakan hati adalah selemah-lemah iman.

gambar hiasan

Perkara mencegah ini merujuk kepada semua orang yang bernama Muslim.

Ya! Sesiapa pun tidak kira apakah jawatannya dalam masyarakat bukan hanya terhad pada golongan ulama', ustaz ataupun orang masjid / surau sahaja.

Sesiapa = pemandu bas express Rambutan Hijau, penjual burger Lando, pekebun sekolah Jalan Satu, peguam syari'e, doktor pakar atau siapa sekalipun.

Yang penting ikhlas dan benar-benar tahu dalam apa yang ingin disampaikan.

Ianya perlu berasaskan ilmu pengetahuan sebenar, jangan main redah semacam.

Bahaya, risau mendorong penyebaran kepada ilmu yang sesat!

Saya pernah mendengar satu kuliah ringkas daripada seorang ustaz di mana beliau berkata:

"Dalam hidup ini, kita tidak perlu menasihati orang lain tentang perkara yang berat dan mendalam. Cukup sekadar mengingatkan dirinya pada perkara-perkara yang asas seperti menutup aurat, laksanakan solat pada awal waktu, tidak berkata yang sia-sia dan lain-lain."

Saya harap dengan kata-kata ustaz di atas ini dapat merangkumi maksud yang ingin saya sampaikan pada sub-heading yang kedua ini. 

Buku Percuma.


Alhamdulillah, bulan ini saya masih berpeluang untuk mengedarkan sebuah lagi buku percuma.

Buku tunggal yang bakal diedarkan pada bulan ini adalah buku 'Amalan-Amalan Meraih Pahala' oleh Syeikh Syarafuddin Al-Jindi dan disemak oleh Dr. Haji Johari Haji Alias terbitan Pustaka Azhar.

gambar hiasan

Bagi yang berminat, boleh hantarkan butir-butir seperti:
  1. Nama
  2. Alamat
  3. Nombor talifon
ke rakanilusi@gmail.com 

Saya mohon buat bakal penerima agar inbox saya jika buku sudah diterima juga tidak diterima bagi melancarkan program.

Segala kesulitan amat dikesali.

Nampaknya setakat ini sahaja penulisan saya pada bulan ini, ingin sambung lagi tetapi rasanya sudah cukup.

Insha-Allah jumpa lagi bulan hadapan.

Boleh jenguk Facebook Rasmi Rakan Ilusi jika ada masa.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Assalamualaikum akhi, sudah lama tidak berupdate kelihatannya blog rakan ilusi ni. Bilakah akan ada entry baru ni? :-)

    ReplyDelete