Thursday, 28 February 2013

Masa Terlalu Pantas Pergi Meninggalkan Kita. Maka Beruntunglah Orang Yang Berpesan-Pesan Dengan Kebaikan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini sudah hampir ke hujung Februari.

Majoriti daripada kita sibuk dari hari ke hari melayan karenah dunia yang adakalanya menjadikan kita seperti tidak bernyawa ini.

Jika diperhatikan sekejap sahaja masa berlalu pergi meninggalkan kita.

Jika baik kita manfaatkan masa tersebut maka baiklah hasilnya di Akhirat kelak.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai oleh Allah. Insha-Allah. 

Sebelum itu, mari kita renungi bersama tentang maksud ayat Al-Quran ini:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-Asr 103:1-3)
 
Oh ya, sebelum saya terlupa pada awal bulan ini saya telah menubuhkan laman Facebook Rasmi Rakan Ilusi.

Justeru, bagi sesiapa ada mempunyai masa lapang jemput untuk buka - Tiada paksaan.

Saya mohon maaf kerana pada bulan ini akibat kekangan masa saya tidak dapat menulis.

Namun demikian, saya ada sediakan satu artikel yang boleh dijadikan sebagai bahan bacaan buat kita semua.

Ia adalah hasil penulisan Akhi Pena Maya edisi 27/05/2010 - Ada masa lebih boleh jemput baca.

Selamat membaca. Selamat beramal.

Mari bersama-sama membaca artikel tersebut: 

Kisah Malam Pertama Di Alam Kubur,Audio Talkin Di Dalam Bahasa Melayu & Peringatan Kepada Kita Mengenai Kematian Di Dalam Surah At-Takaathur - Bertaubatlah Sementara Masih Ada Kesempatan.

Assalamualaikum.

Perhatian : Ini merupakan artikel yang panjang.Sila baca/tonton sehingga habis.Ambil masa anda.Kerana ada ilmu berharga boleh dijadikan panduan untuk anda di sini.Insya-Allah.

Saya sebentar tadi baru sahaja menonton satu siri video di Youtube yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Kubur.

Banyak pengajaran dari video ini boleh kita dapati.

Tidak mahu menulis panjang,saya kongsikan video-video ini di bawah ini untuk anda tontonkan.Ada lima siri kesemuanya.

Jika anda tidak dapat membuka video di bawah,sila klik link-link di bawah ini :


Selamat Menonton.

                                                         Malam Pertama

                                                          Malam Kedua

                                                          Malam Ketiga

                                                         Malam Keempat

                                                           Malam Kelima

Hurm.

Seram.

Tetapi,seram sahaja tidak dapat membantu kita kelak.

Kerana hanya tiga perkara itu sahajalah yang dapat membantu kita.

Apakah ia?
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah,ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Ambillah pengajaran.

Sebelum menamatkan artikel,ingin saya kongsikan audio talkin di dalam Bahasa Melayu bersama anda.

Audio ini saya ambil dari laman web blog Harmoni Inn.

(Sila klik pada butang play pada audio di bawah ini sebelum meneruskan pembacaan)

*Maaf atas beberapa kesilapan teknikal, audio tersebut tidak dapat saya upload dalam artikel ini. Untuk mendengar audio tersebut para pembaca boleh terus pergi ke laman Pena Maya - Penulis Rakan Ilusi

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati
Dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di Hari Kiamat
Lalu siapa saja yang dijauhkan dari neraka
Dan dimasukkan dalam syurga
Itulah dia orang yang beruntung

Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu
Wahai hamba Allah
Ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat
Iaitu persaksian tiada Tuhan yang lain kecuali Allah
dan Muhammad SAW Rasul-Nya

Dan bahawasanya mati adalah benar
Alam kubur adalah benar
Kenikmatan dan seksa di dalamnya adalah benar
Pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir adalah benar
Kebangkitan dari-Nya adalah benar
Perhitungan yakni hisab adalah benar
Syafaat Nabi Muhammad SAW adalah benar
Syurga dan Neraka adalah benar
Pertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar

Bahawasanya Allah membangkitkan orang-orang ahli kubur
Sekarang kamu berada di Alam Barzakh
Alam antara dunia dan akhirat
Maka ketika dua Malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu
Janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar
Kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk-makhluk Allah
Ketika mereka berdua bertanya kepadamu
Siapakah Tuhanmu?
Siapakah Nabimu?
Apakah agamamu?
Apa kiblatmu?

Dan apa pula pemimpinmu?
Dan siapakah saudaramu?
Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan
Allah adalah Tuhanku
Muhammad adalah Nabiku
Islam adalah agamaku
Ka'bah adalah kiblatku
Kitab Al-Quran adalah pemimpinku
Dan kaum Muslimin dan Muslimat,mukminin dan mukminat
Adalah saudara-saudaraku
Serta dihidupkan kembali

InsyaAllah
Kamu termasuk orang-orang yang aman selamat
Dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap
Asyhadualla Ilaha Illallah
Wa Asyhaduanna Muhammadarrasulullah

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Allah mengukuhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh
Asyhadualla Ilaha Illallah
Wa Asyhaduanna Muhammadarrasulullah

Di dunia
Dan di akhirat

Wahai jiwa yang tenang
Pulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan gembira dan diredhai
Masuklah dalam jamaah hamba-hambaKu
Dan masuk pula dalam syurgaKu.

Hurm. Beristighfarlah.

Dan sebagai penutup,saya kongsikan tafsir Surah At-Takaathur ini untuk dijadikan renungan untuk kita semua.

[Surah At-Takaathur:Ayat 1-8]

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Sehingga kamu masuk kubur.

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Renungkan.

Tiada guna kita membaca artikel ini jika selepas sahaja dari membaca,kita tetap dengan perilaku sebelumnya.

Ditulis artikel ini sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Buku Percuma


Alhamdulillah kerana pada bulan ini saya masih berpeluang untuk mengedarkan sebuah lagi buku percuma.

Pada bulan ini saya ingin mengedarkan sebuah buku yang menceritakan riwayat hidup Rasulullah s.a.w.

Antara musabab yang membuatkan saya memilih buku ini adalah kerana supaya orang ramai khususnya orang yang masih belum benar-benar mengenali Nabi Muhammad s.a.w. berpeluang untuk mengenali Baginda s.a.w.
"Adalah satu dosa jika seseorang Muslim tidak tahu tentang Nabi Muhammad s.a.w." - Ustaz Azhar Idrus
Tajuk buku tersebut adalah 'Biografi Muhammad Bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi' terbitan PTS Islamika hasil penulisan Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman.

Kedua-dua penulis adalah pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Pengajian Islam Universiti Malaya.

gambar hiasan

Bilangan buku adalah terhad, justeru siapa cepat dia dapat.

Bagi yang berminat, boleh berikan:

1) Nama
2) Alamat
3) Nombor talifon

ke rakanilusi@gmail.com

Mohon maaf kerana tidak dapat menyediakan buku dalam kuantiti yang banyak. 

Segala kesulitan amat dikesali.

Jumpa lagi di bulan hadapan insha-Allah.

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Buku percuma sudah kehabisan dimiliki. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan jangan kecewa. Insha-Allah bulan hadapan ada lagi. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. wah... penuh info entri nie... terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk entri mendidik jiwa ni :D

    ReplyDelete