Sunday 30 September 2012

‘Aku Tak Boleh’ Bukanlah Jawapan Yang Dicari-Cari Selama Ini!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca sekalian? 

Saya doakan semua berada dalam keadaan sihat-sejahtera dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang Muslim juga Muslimah – Oh ya, ingin saya pesan pada diri saya dan para pembaca agar jangan lupa untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca laman Ilusi ini.

Untuk penulisan pada bulan ini, saya benar-benar lewat bukan? 

Justeru, saya mohon maaf bagi mereka yang benar-benar menantikan edisi September ini. 

Sebelum saya terus menulis, ada eloknya saya memohon maaf sekiranya entry ini sedikit bosan. 

Maklumlah, saya ini bukan orang yang bakatnya terletak dalam mengarang, akan tetapi saya sekadar ingin berkongsi ilmu.

Okay, saya menjangkakan tentu ada di kalangan para pengunjung bermonolog – ‘Peliknya tajuk entry ni.’
 
Tidak mengapa, saya akan hilangkan tanda tanya anda.

Begini, mutakhir ini saya melihat hubungan orang Melayu Islam kita dengan rokok semakin menjadi-jadi.

Tidak kira pelajar sekolah aliran sains ataupun agama, pelajar universiti, pekerja awam / swasta mahupun orang yang sudah lanjut usianya!

Ini bukan hanya terbatas dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga melibatkan saudara-mara serta rakan-taulan kita di luar sana. Tidak percaya? Cuba kita fikirkan buat seketika.

Lebih menyedihkan apabila ramai anak gadis yang terlibat dalam kancah merokok ini. 

gambar hiasan.
Bilangan mereka juga boleh tahan, ada di sesetengah kawasan mereka lebih ramai daripada perokok lelaki. 

Parah bukan?

Brothers and sisters,

Apakah rasionalnya jika kita katakan ‘Merokok itu satu keperluan dan ianya adalah tidak haram!’?

Seolah-olah tidak masuk akal pun ada jika kita renungkan. 

Perkara yang haram yakni mendatangkan keburukan dan kerugian pada diri sendiri masih lagi ada segelintir daripada kita yang menyatakan ia hanyalah makruh. Kasihan!

Wahai pemuda-pemudi yang bersemangat, sedarlah akan konsep matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan kita menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.

Jangan kita utamakan nikmat di dunia yang sementara ini. Ingat! 
"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Al-Baqarah:86)
Mungkin ramai yang sedar bahawa merokok itu boleh memakan diri sendiri, tetapi berapa ramai pula yang sedar ianya boleh memberikan kesan buruk yang secara tidak langsung kepada orang yang berada di sekeliling kita; anak kecil juga warga emas?

Sebelum saya terlupa, pada bulan yang lalu saya ada terbaca buku mengenai agenda orang Yahudi (maafkan saya, saya benar-benar tidak mengingati tajuk buku tersebut) dan salah satu topik yang dibicarakan adalah mengenai rokok:
“Walaupun adanya kilang rokok di Malaysia, tetapi setiap kali keuntungan ianya pasti akan pergi ke orang Yahudi – lebih kurang 10% daripada keuntungan jualan rokok setiap tahun. “
Dan ini amatlah sedih apabila rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun hanya untuk membeli rokok. 

Bukankah bagus jika kita gunakan duit yang selama ini untuk rokok kita laburkan untuk pembangunan umat Islam? 

Contohnya beri sumbangan pada fakir-miskin, anak yatim, orang Palestin, hantar orang kurang berkemampuan daripada segi duit bagi menunaikan haji, mengadakan jamuan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan atau apa sekalipun yang boleh mendatangkan keredhaan Allah S.W.T.

Cuba tanya diri kita - Bagaimana kita hendak bantu orang Palestin tetapi pada masa yang sama kita memberikan sumbangan pada Israel Zionis? 

Perkara ini nampak simple tetapi ianya amat rumit pada hakikat.

Hal sebegini juga sama sahaja dalam hal lain; KFC, McDonald, 7-Eleven dan lain-lain. 

Semakin lama semakin banyak restoran makanan segera di Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap bandar ada KFC. 

Kita ini hanya memboikot dalam beberapa tempoh yang pendek kemudian kita lupa akan pemboikotan tersebut.

Hanya kerana nafsu, kita biarkan orang Yahudi menguasai ekonomi dunia. 

Kita tidak mahu susah untuk Islam.  

Sebagai contoh lihat sahaja para remaja kita – membonceng anak gadis perkara biasa, rokok menjadi mainan, pusat-pusat hiburan; karaoke, snooker menjadi ‘surau’ mereka. Astaghfirullah. 

Semuanya hendak hidup dalam keadaan senang dan selesa.

Saudara-saudari sekalian,

mengenangkan saya kesuntukan masa jadi saya akan terus masuk ke isi utama penulisan ini iaitu berkaitan dengan ‘Persekitaran Bebas Asap Rokok’.

Ceritanya begini, pada hari Isnin yang lalu saya pergi ke klinik untuk mendapatkan sedikit rawatan daripada doktor dan Alhamdulillah dengan izin Allah saya sembuh dengan cepat sejurus makan ubat yang telah diberi oleh Dr. Shuhaimi.

Semasa saya menunggu giliran, saya ada terlihat sehelai surat sebaran yang menceritakan tentang Tak Nak Merokok! Jadi, berikut adalah sedikit ilmu yang ingin saya berkongsi: 

‘Keburukan Merokok Daripada Segi Saintifik’

-Asap rokok mengancam kesihatan kanak-kanak.
-Rokok mengakibatkan serangan sakit jantung. 
-Rokok mengakibatkan mati pucuk.
-Rokok mengakibatkan strok.
-Rokok mengakibatkan kanser paru-paru.

‘Tip-tip Untuk Berhenti Merokok’
     -Pelajarilah tentang bahaya merokok.  
     -Umumkan keputusan anda untuk berhenti merokok kepada semua orang.  
    -Buangkan semua barangan yang ada kaitan dengan rokok, contohnya tempat abu rokok, pemetik api dan sebagainya. 
    -Minumlah banyak air kosong, ini akan membantu membuang toksid di dalam badan anda. Makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan ketagihan anda pada nikotin.  
    -Hiduplah secara aktif, kegiatan sukan akan membantu melancarkan aliran darah seluruh tubuh. Senaman juga boleh mengimbangkan suhu ketangkasan anggota tubuh badan. Bersenamlah kerana ia satu amalan yang baik. 
    -Elakkan tempat di mana merokok menjadi satu kebiasaan; pusat karaoke, ruang makan di luar kedai, ruang merokok di stesen bas dan pusat bowling.  
   -Belajarlah menolak tawaran merokok. Cuba untuk tidak merokok langsung kerana jika tidak ini akan menggugat usaha anda untuk berhenti merokok dan anda mungkin akan terdorong untuk merokok semula.

Infoline Berhenti Merokok 

03-88834400



Baik, cukupah untuk topik merokok. 

Saya doakan semoga semua perokok samada yang beragama Islam mahupun tidak di luar sana agar dapat meninggalkan rokok ini dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Kuatkan semangat. Mohonlah pada Allah dan berdoalah pada Allah agar diberi kekuatan dan azam yang kuat untuk meninggalkan rokok. 
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah:186)
Insha-Allah, ada jalannya. Semoga berjaya!

Sebelum saya mengakhiri entry pada kali ini, izinkan saya menceritakan tentang satu kisah yang boleh dijadikan sebagai tauladan buat kita semua.

Selamat membaca.

Alang Yang Mendahulukan Ibu Ayahnya.
 
Kira-kira dua minggu lepas di sekitar kawasan Gombak, saya telah menaiki sebuah bas henti-henti menuju ke Kuala Lumpur antara waktu Asar ke Maghrib.

Di dalam bas saya duduk sebaris dengan sepasang suami isteri orang berkulit hitam yang bergama Islam saya rasa (isterinya bertudung dan mereka fasih berbahasa Arab) bersama dengan anak kecil mereka (Alang) yang saya anggarkan berumur tujuh tahun.

Apa yang menariknya adalah semasa ayah dan ibu Alang sedang rancak berbual, Alang membuka chewing-gumnya dan membahagikannya kepada tiga bahagian lalu diberi kepada ayah dan ibunya. 

Perlu diingatkan, Alang tidak disuruh oleh ibu dan ayahnya untuk membuat perkara sebegitu.

SubhanAllah. Saat itu saya sungguh terpegun dengan sikap Alang yang benar-benar mendahulukan orang tuanya dalam merasai nikmat yang dikurniakan oleh Allah padanya.

Persoalannya adalah berapa ramai kanak-kanak dalam kalangan Melayu Islam yang mendahulukan kedua orang tuanya dalam hidup mereka? 

Usah kita tinjau jauh ke dunia kanak-kanak, cuba kita soal diri kita – “Adakah aku benar-benar mendahulukan kedua ibu bapaku dalam hidupku?”

Renung-renungkan.

Nampaknya, sampai setakat ini sahaja penulisan saya pada kali ini. 

Saya mohon maaf kerana pada bulan ini tiada buku percuma.

Ada masa lebih, kalian semua boleh melawat laman Twitter Rasmi Rakan Ilusi.

Hal ini kerana saya lebih banyak meluangkan masa di sana berbanding di sini.

Segala kesulitan amat dikesali.

Saya tinggalkan beberapa pesanan buat para pembaca Rakan Ilusi;
ü      
     -Jangan melambatkan solat dengan sengaja.
ü   -Jangan lupa untuk membaca dan memahami ayat Al-Quran pada setiap hari walaupun sepotong ayat.
ü  -Cuba untuk ambil sedikit masa pada setiap hari untuk berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berzikir memuji Allah S.W.T
ü  -Ada masa baliklah kampung, lawat ibu ayah. Kalau sibuk sangat, talifonlah mereka. Tanya khabar. Jangan sombong.
ü  -Sebarkanlah salam ketika berselisih dengan saudara sesama Islam samada kita mengenali atau tidak orang tersebut.
ü  -Belajarlah untuk solat secara berjemaah.
ü  -Belajarlah untuk tidak lagi menjadikan carutan dan makian sebagai mainan di bibir.

Assalamualaikum.

Sumber: Tumblr Rakan Ilusi