Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Apa khabar sahabat pena Rakan Ilusi? Saya berharap kalian semua berada dalam keadaan sihat-sejahtera.
Oh ya, sebelum saya terlupa ingin saya perjelaskan dua perkara iaitu;
1) Penulisan saya pada kali ini mungkin tidak berapa panjang dan mungkin kurang banyak daripada segi pengisiannya.
Ini adalah kerana dalam tempoh sebulan dua ini saya mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Justeru, saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan laman Ilusi pada kali mengecewakan para pembaca.
Apa khabar sahabat pena Rakan Ilusi? Saya berharap kalian semua berada dalam keadaan sihat-sejahtera.
Oh ya, sebelum saya terlupa ingin saya perjelaskan dua perkara iaitu;
1) Penulisan saya pada kali ini mungkin tidak berapa panjang dan mungkin kurang banyak daripada segi pengisiannya.
Ini adalah kerana dalam tempoh sebulan dua ini saya mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Justeru, saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan laman Ilusi pada kali mengecewakan para pembaca.
2) Sesiapa yang punyai kelapangan boleh melawat Twitter Rasmi Rakan Ilusi.
Tiada sebarang paksaan dikenakan kepada para pembaca.
Saya akan mengemaskininya setiap hari Insha-Allah.
Brothers and sisters,
Ucaplah Alhamdulillah kerana telah meningkat umur dari hari ke hari.
Jangan lupa untuk sedekahkan al-Fatihah kepada sanak-saudara, sahabat-handai dan semua umat Islam yang telah meninggal dunia setiap kali selepas bersolat.
Jika mempunyai masa lapang, hadiahkanlah surah Yasin kepada mereka.
Insha-Allah, semoga dengan usaha kita yang tidak seberapa ini dapat memberikan manfaat kepada mereka.
Kita perlu sedar kenapa kita dihidupkan semula pada hari ini.
Tanya diri sendiri.
Ya. Bermuhasabah diri dalam erti kata lain.
Adakah aku hidup hari ini untuk menyambung tugas aku di pejabat atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah mahupun guru? Atau aku dihidupkan supaya dapat memperbetulkan ibadah dan melakukan banyak lagi amal-kebajikan?
Ya. Bermuhasabah diri dalam erti kata lain.
Adakah aku hidup hari ini untuk menyambung tugas aku di pejabat atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah mahupun guru? Atau aku dihidupkan supaya dapat memperbetulkan ibadah dan melakukan banyak lagi amal-kebajikan?
Fikir. Jangan pernah berhenti berfikir.
Kerana orang yang malas berfikir akan hanya menurut nafsu syahwat dan pujukan iblis.
Jangan kita hanya hanyut dalam arus dunia.
Orang main Facebook kita pun main Facebook.
Orang nak beli Android kita pun nak ada Android.
Orang berkelakuan biadap dengan mak ayah kita pun tiru mereka yang tidak berakhlak.
Orang pakai pakaian ketat kita pun sama nak memperlihatkan tubuh badan kepada lain.
Orang berpusu beratur di laluan tiket pawagam untuk menonton filem baru kita pun terbabit sama.
Orang melalak di stadium bola kita pun nak menjerit sama.
Orang merokok kita pun nak berasap sekali.
Orang tidak baca al-Quran kita pun ikut cara mereka.
Orang main gitar masa azan Maghrib kita pun join.
Orang merokok kita pun nak berasap sekali.
Orang tidak baca al-Quran kita pun ikut cara mereka.
Orang main gitar masa azan Maghrib kita pun join.
Sudahnya siapa yang rugi? Ambil satu minit untuk renungkan jawapan tersebut. Tiada sebarang skema jawapan disediakan.
Sedar atau tidak, kita masih lagi terbelenggu di dalam satu dunia penjajahan secara tidak langsung. Jangan hanya merdeka dan bebas secara jasmani tetapi biarlah sejajar dengan rohani kita.
Beristighfarlah. Astaghfirullah.
Beristighfarlah. Astaghfirullah.
Hidup ini tidak lama. Sekejap sahaja.
Jangan disebabkan satu langkah yang kurang bijak hanya berpaksikan hawa nafsu yang tidak pernah puas dengan keseronokan kita menyesal kelak.
Perbanyakkan melakukan kerja-kerja baik seperti menasihati kawan kita supaya jangan melakukan kemungkaran, berpuasa sunat, memberikan bantuan kepada orang yang mengalami kesusahan, membaca al-Quran serta terjemahannya, memberi salam kepada orang Islam lain ketika bertemu, membuang sampah yang berada di hadapan rumah kita di tempat sepatutnya dan seribu satu lagi kebaikan yang boleh dijadikan contoh.
Percayalah, kita tidak akan rugi.
Ini sesuai dengan firman Allah di dalam al-Quran:
"Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan" (al-Baqarah:148)
Saya tidak mahu panjang bercerita, cukup rasanya saya kongsikan sajak ini yang isinya saya ambil setelah membaca buku Pedoman Hidup Untuk Remaja Islam susunan Roslin Hj. Samsuri.
Buku Pedoman Hidup Untuk Remaja Islam |
Buku tersebut amat bagus untuk dijadikan sebagai bahan bacaan buat para remaja.
Bab-bab seperti akademik, kerjaya, akhlak, kesihatan, dunia remaja dan agama dibentangkan oleh penulis.
Perlu diingatkan, jangan hanya sekadar baca kosong tetapi ambillah 'mutiara' daripada isi sajak tersebut.
Perlu diingatkan, jangan hanya sekadar baca kosong tetapi ambillah 'mutiara' daripada isi sajak tersebut.
Selamat membaca. Assalamualaikum.
Jangan Pernah Lupa Pada Sejarah Islam Yang Agung
"Wahai Saudara-Saudariku!Jangan Tercari-Cari IdentitiAtau Buat Identiti SendiriTanpa Melihat Sejarah Yang LaluSalafus Soleh Umat ContohBuat Siapa Saja Yang Punya Cita-cita
Tidak Kira Doktor, Peguam, Pelajar Universiti, SuriRumah Mahupun Penjual BurgerApakah Pengisian Hidup Mereka?Solat dan Zikir Adalah Hiburan MerekaTolong-Menolong Tradisi MasyarakatMasa Lapang Lawati Saudara Dan Sahabat
Ukhwah Terjalin Umpama Batu-BataTersusun Rapi Dengan KebalnyaPara Pemerintah Payung UmatnyaPara Muslimah Malunya KetaraRumah Tempat HiburanBagai Panggung Wayang Di Zaman DurjanaJihad Amalan Biasa Mereka - Jihad Melawan Hawa Nafsu, Jihad Di Jalan Allah etcMati Syahid Menjadi Cita-Cita MerekaBerpindah-Randah Mengembangkan Islam Hobi MerekaMengenang Dosa Jiwa MenderitaMengalir Air Dari MataDi Malam Hari Menjadi RahibDi Siang Hari Menjadi SingaNikmat Yang Datang Takut MenerimaBimbang Kalau Disalah GunaDi Samping Tersembam Muka Sujud SyukurKerana Malu Dengan TuhannyaPengorbanan Mereka Bagai Air MengalirTidak Putus-PutusnyaDunia Menjadi Tunggangan MerekaMereka Pacu Menuju MatlamatPahala Dikejar Dosa DijauhkanTidak Bukan Syurgalah Matlamat MerekaJusteru Saudara, Identiti KitaTidak Perlu Kita Cari Mana-ManaAtau Reka Dengan Otak KitaSikap Salafus Soleh Contoh Kita Setiap Masa."
gambar hiasan (Sumber:Tumblr Pena Maya) |
salam
ReplyDeleteseriously, are u hakim amir?mcm x caye je..huhu..
sorry for that comment..tp yeah, manusia boleh berubah kn..cuma...ntah la, x taw nk ckp..
good luck for u.. :)
Salam. Tak apa. Terima kasih kerana sudi melawat ke laman Ilusi. Semoga berjaya di dalam pelajaran dan berjaya mencapai cita-cita.
ReplyDeletethanks :)
Deletesemoga awak berjaya jugak dalam pelajaran dan apa yang awak usahakan.
bagus blog berubah & mengubah ni..teruskan memberi ilmu yang bermanfaat :)
subhanAllah.. haaza min fadhli rabb. Allah sentiasa menemukan kita dengan ibrah, namun semuanya bergantung kepada kita untuk memikirkannya. Post ini menyedarkan saya. Terima kasih..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saudari Nisak perlu berterima kasih kepada Allah kerana Dia yang memberikan saya buah fikiran dalam menulis penulisan pada kali ini, bukan pada saya. Terima kasih kerana melawat dan membaca penulisan saya pada kali ini.
ReplyDelete