Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Saya harap semua berada dalam keadaan sihat-sejahtera. Insha-Allah.
Bagaimana dengan agenda memboikot barangan produk keluaran Israel? Harap semuanya bejalan dengan lancar.
Hurm...
Penulisan baru sahaja bermula dan walaupun tidak sesuai untuk meletakkan video pada awal penulisan tetapi saya harap kalian dapat terima.
Maklumlah, baru setahun jagung menimba dalam bidang penulisan. Masih tidak biasa dengan selok-belok gaya penulisan.
Baru-baru ini saya ada menonton satu video ini, tentang perkongsian Afdlin Shauki dan rakan-rakannya ketika membuat misi lawatan ke Gaza. Ianya menarik.
Banyak iktibar yang kita boleh ambil daripada cerita mereka.
Banyak iktibar yang kita boleh ambil daripada cerita mereka.
Selamat menonton!
Afdlin Shauki dan rakan-rakan
Sebelum itu, saya ingin memohon maaf sekiranya para pembaca merasakan cara penulisan saya ini terlalu panjang untuk dibaca.
Ya, mungkin ia panjang bagi sesetengah orang. Saya tidak nafikan.
Hal ini adalah kerana pada bulan yang lepas saya telah menerima satu teguran daripada seorang pembaca yang mencadangkan supaya saya memendekkan lagi penulisan secara amnya.
Namun begitu saya akan cuba sedaya-upaya menjadikan laman Rakan Ilusi ini lebih senang dibaca oleh orang ramai.
Justeru, saya ingin mencadangkan jika kalian merasakan penulisan ini terlalu panjang, kalian boleh membacanya mengikut tajuk ke tajuk.
Jangan habiskannya dalam satu masa. Bahaya! Boleh mengundang kepada rasa malas dan bosan.
Antara alasan utama yang menyebabkan penulisan saya ini agak panjang adalah saya hanya menulis sekali sebulan, jadi saya tidak mengharapkan para pembaca membaca hasil penulisan yang dikarya oleh saya dalam satu masa.
Biar brothers-sisters sekalian baca sedikit, namun iktibar yang ditulis benar-benar diingati.
Saya teringat dengan kata-kata akhi Pena Maya yang mengatakan:
"Dalam mencari ilmu, kita jangan malas. Orang yang malas tidak akan berjaya."
Renung-renungkan.
Oh ya, sebelum saya meneruskan lagi untuk menulis izinkan saya untuk berkongsi halaman kebajikan Rakan Ilusi.
Di sini terdapat beberapa nombor akaun akan mereka yang memerlukan bantuan dan dana daripada orang ramai.
Sesiapa yang berkemampuan, insha-Allah boleh rebut peluang untuk membuat amal-kebajikan sebegini.
Biar sedikit yang penting ikhlas.
Biar sedikit yang penting ikhlas.
Dalam Melaksanakan Suatu Hal, Perlu Adanya Ketetapan.
Begini, sewaktu saya menghadirkan diri untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak beberapa minggu yang lepas saya amat terkejut dengan khatib yang membacakan khutbah.
Beliau adalah Mufti Ismail Menk.
Saya terkejut bukan apa, cuma tidak sangka berpeluang berjumpa dengan orang yang hebat seperti beliau.
Alhamdulillah kerana saya berpeluang mendengar sedikit-sebanyak ilmu daripada beliau.
Saya percaya ramai antara kalian yang mengenali beliau bukan?
Namun bagi yang tidak mengenalinya tidak mengapa kerana saya akan berkongsi tentang video khutbah tersebut.
Sebenarnya terdapat banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada khutbah yang disampaikan oleh beliau.
Semasa saya beliau menyampaikan khutbah apa yang saya perhatikan Alhamdulillah hampir majoriti daripada kalangan jemaah tidak tidur.
Sebaliknya, mereka khusyuk mendengar dengan ilmu yang disampaikan oleh Mufti Ismail.
Mungkin disebabkan gaya bahasa dan lantunan suara yang cukup meyakinkan diguna-pakai oleh beliau yang membuatkan ahli jemaah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap ilmu tersebut.
Apa yang saya nak kaitkan adalah dengan sikap masyarakat Melayu Islam yang kebiasaanya tidur semasa khutbah sedang dibacakan.
Hal ini secara amnya, maksudnya di sini apabila khatib tersebut adalah orang Melayu.
Jika hendak dibandingkan dengan keadaan ketika Mufti Ismail menyampaikan khutbah para jemaah sangat berbeza.
Saya tekankan isu tidur semasa khutbah disampaikan samada penyampai adalah orang yang terkenal mahupun hanya orang biasa kerana ini adalah soal ilmu.
Tambahan pula, ilmu yang perlu kita cintai bukannya hanya taksub pada seseorang sahaja.
Tambahan pula, ilmu yang perlu kita cintai bukannya hanya taksub pada seseorang sahaja.
Cuba fikirkan sejenak, bagaimana seseorang itu yang hadir solat Jumaat tetapi tidur semasa khutbah disampaikan. Adakah dia akan peroleh ilmu dan maklumat tentang khutbah tersebut?
Tentu sekali tidak!
Walhal tujuan utama khutbah itu dibentangkan mengikut kata Mufti Ismail Menk atau Da'ee Ahmed Moait (saya tidak pasti, maafkan saya) adalah sebagai satu medium peringatan tentang perkara asas yang sering dilupakan oleh kebanyakkan daripada kita.
Sebagai contoh bab bersolat secara berjemaah, menghormati ibu ayah, menuntut ilmu, bersungguh-sungguh dalam melaksanakan suatu kebaikan dan seribu satu macam lagi yang boleh disenaraikan.
Khutbah bukannya bertujuan mengajar sesuatu yang baru!
Ya, tidak dinafikan adakalanya sistem penyampaian khutbah di tempat-tempat tertentu di Malaysia sedikit mengantuk kerana gaya bahasa dan penggunaan nada suara yang rendah.
Akan tetapi, percayalah! Kita tidak akan mengantuk jika kita benar-benar focus terhadap apa yang disampaikan.
Ini tidak, semasa khutbah disampaikan kita bermain dengan karpet permaidani masjid, bermain talifon, atau apa sahaja perbuatan sekalipun yang menghalang kita daripada boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk ilmu tersebut.
Jika begitulah sikap kita dalam mendengar khutbah Jumaat, alamatnya memang tidak dapatlah ilmu khutbah tersebut.
Tepuk dada, tanya iman;
Adakah aku perlu tidur setiap kali aku hadir untuk solat Jumaat?
Adakah aku tiada masa lain untuk tidur?
Adakah tidur aku jauh lebih penting daripada ilmu khutbah yang disampaikan?
Tanya diri kita. Cerminkan dahulu tentang kesan perbuatan kita.
Samada menguntungkan atau merugikan.
Fikir sejenak tanpa membuang masa kerana sesal di kemudian hari tiada gunanya ya akhi.
Tidak mahu berceloteh panjang, di bawah ini adalah video tentang khutbah tersebut.
Selamat menonton!
Mufti Ismail Menk
Buku Percuma
Alhamdulillah pada bulan ini saya masih lagi berpeluang untuk mengedarkan sebuah lagi buku percuma.
Namun seperti biasa
hanya sebuah sahaja yang saya mampu edarkan pada bulan ini.
Jadi
saya mohon maaf bagi yang tidak berkesempatan untuk memilikinya.
Insha-Allah pada masa
akan datang akan ada lagi buku percuma yang akan diedarkan.
Mungkin sesiapa yang berminat boleh ambil bahagian ketika itu.
Mungkin sesiapa yang berminat boleh ambil bahagian ketika itu.
Bagi yang berminat, boleh berikan:
1) Nama
2) Alamat surat-menyurat
3) Nombor talifon
ke rakanilusi@gmail.com.
Tentu ada yang tertanya-tanya tentang buku percuma apakah yang bakal diedarkan pada kali ini, tidak begitu?
Buku tunggal yang akan diedarkan pada edisi kali ini adalah buku yang bertajuk "300 Hadis Bimbingan - Ke Arah Mencari Reda Allah -" oleh Ustaz Zahazan Mohamed serta Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam.
Buku ini mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama di mana ia mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun Iman, solat, Al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah dan sebagainya.
Antara salah satu sebab-musabab saya mengedarkan buku ini pada kali ini adalah kerana ilmu tentang hadis Rasulullah s.a.w amat penting untuk kita berjaya di dunia dan akhirat selain daripada Al-Quran.
Tambahan pula, dengan kewujudan hadis palsu sangat membimbangkan.
Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang benar-benar ingin mencari ilmu tidak kira pelajar ataupun pekerja, orang susah mahupun orang senang, anda semua dialu-alukan menyertai program ini.
Namun
begitu, ingin saya cadangkan supaya sesiapa sahaja yang bakal miliki
buku ini agar selepas tamat membaca buku ini hadiahkanlah kepada orang
lain. Sampaikan ilmu kepada orang lain pula.
Jangan kedekut. Yang penting, ikhlas!
gambar hiasan |
Nampaknya hari sudah jauh lewat malam, mata pun sudah mengantuk tidak larat untuk bertahan.
Cadangnya untuk menulis lagi tetapi tiada kekuatan. Maaf.
Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T kerana saya masih lagi diberi peluang untuk menulis pada kali ini.
Saya bakal menduduki peperiksaan akhir semester tidak lama lagi, jadi bagi sesiapa yang punyai kelapangan dan kesenangan saya mohon supaya kalian boleh mendoakan kejayaan saya. Insha-Allah.
Sekadar berkongsi; Twitter Rasmi Rakan Ilusi
Sebelum tidur elok tunaikan solat sunat Witir. Menghidupkan sunnah
Rasulullah s.a.w. adalah tanda orang yang kasih & sayang akan Nabi
Muhammad s.a.w.
Assalamualaikum.