Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum saya tujukan kepada semua yang membaca laman Ilusi.
Apa khabar? Saya harap semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.
Sebelum meneruskan pembacaan, saya ingin bertanya, anda sudah solat belum? Kalau belum, tinggalkan dahulu pembacaan ini dan laksanakan dahulu solat.
Sudah lama saya tidak menulis, jadi tidak hairanlah sekiranya saya mengatakan terdapat pelbagai cerita yang ingin dikongsikan bersama anda.
Hop! Nanti dulu.
Jangan berpaling, saya tahu sejurus melihat perkataan 'pelbagai' tentu perasaan untuk malas membaca terus timbul di dalam perkarangan minda anda bukan?
Untuk memberi keselesaan kepada semua, saya hanya akan tukarkan 'pelbagai' kepada 'beberapa'.
Penulisan kali ini lebih kepada penceritaan serta perkongsian pengalaman saya.
Ada dua cerita yang boleh dijadikan sebagai teladan buat kita semua.
KISAH SAUDARA ISLAM BARU.
Penceritaan ini lebih menarik sekiranya saya memulakan dengan seorang remaja yang ingin menyempurnakan solat fardhu Isya'nya bersama dengan ahli Qariah di masjid sekitar Selangor.
Remaja tersebut merupakan pemilik laman Ilusi atau dalam bahasa mudahnya dia ialah saya.
Semasa sampai di kawasan masjid, saya melihat seorang atuk yang berusia lingkungan 60-65 tahun sedang duduk berehat berhampiran dengan pintu masjid.
Sebelum itu sudah beberapa kali saya berselisih dengan atuk ini tetapi tidak pula terlintas di hati saya untuk menegurnya.
Sebaliknya pada malam tersebut, saya berasa ingin bertegur sapa dengan dirinya memandangkan waktu solat yang masih belum sampai lagi bagi Mu'azzin melaungkan azan.
Setelah mendekati diri lelaki itu tadi, saya pun memberi salam lalu menghulurkan tangan kepadanya.
"Wa'alaikumussalam." jawabnya.
"Oh. Orang Cina rupanya pak cik ni." terdetik hati saya selepas mendengar suaranya yang serak basah itu.
Perbualan kami ketika itu mengambil masa lebih kurang sepuluh minit, saya juga tidak berapa ingat isi perbualan kami kesemuanya kecuali beberapa perkara yang saya rasa boleh dijadikan satu nasihat yang berguna buat saya dan para pembaca.
"Apa nama pak cik?"
"Kwee Chong @ Abdullah. (Saya tidak berapa ingat, maaf sekiranya tidak betul)"
"Pak cik duduk kat mana?"
"Saya duduk dekat Seksyen 14."
"O. Dengan keluarga la?"
"Tak. saya duduk sorang-sorang kat masjid bulat tu."
"Habis tu pak cik makan apa semua camana?"
"Saya tak kisah. Ada rezeki Allah bagi saya makan la, Alhamdulillah tetapi kalau tak ada kena la usaha kan?"
Jawapan yang diberi oleh pak cik Abdullah itu serba-sedikit telah membuatkan diri saya tersedar. Kerana apa? Kerana kurangnya konsep syukur.
Saya seringkali merungut dengan rezeki dan nikmat yang saya miliki di sekeliling saya.
Bilik kecil la, makanan yang sama la, makanan tak sedap la bahkan yang paling teruk saya pernah menjadi manusia yang selalu tidak menghabiskan makanan pada satu masa dahulu.
Nampak simple kan?
Tetapi cuba kita fikir.
Seteruk-teruk kita, tapi kita dapat juga makan dalam sehari walaupun kadang-kadang makanan itu tidak menepati selera kita.
Seteruk-teruk kita, tapi kita ada juga rumah yang membolehkan kita beristirehat dengan senang-lenang.
Seteruk-teruk kita, tapi kita ada juga keluarga yang boleh dijadikan tempat untuk kita berkongsi suka dan duka bersama.
Bagaimana pula dengan nasib pak cik Abdullah?
Rumah tak ada. Makan pun tak terurus waktunya. Tambahan pula, tinggal sebatang kara. Tetapi dia tidak pernah berputus asa selain daripada berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Renungkanlah.
"Dah lama ke pak cik masuk Islam?" sambung saya dari lamunan itu tadi.
"Saya masuk umur 18 tahun. Masa tu kat Singapura. Ada orang Melayu, ustaz ajak saya. Dia ajar pasal Islam."
Di tengah perbualan saya terkejut kerana dia mengeluarkan dompetnya lalu menunjukkan kad pengenalannya yang mengesahkan dirinya adalah seorang yang beragama Islam.
Di hujung perbualan, saya rasa kurang selesa dengan tindakannya yang membakar sebatang rokok dan menikmatinya.
Lantas saya bertanya, "Kenapa pak cik hisab rokok? Kan rokok ni haram. Tak elok untuk kesihatan."
"Kawan saya kasi tadi. Saya tak nak la tolak, nanti dia kecik hati." jawabnya sambil senyum malu.
"Yela, tapi kalau tak nak buat dia kecik hati pun, kenapa tak ambik je tapi tak payah hisab? Tak pun pak cik nasihat je kawan pak cik tu supaya jangan merokok?"
"Saya tau." balas pak cik Abdullah sambil lagi tersenyum malu.
Kemudian, saya amat terperanjat dengan sikapnya yang mudah menerima teguran pada perkiraan saya, kerana dia terus melemparkan rokok tersebut ke dalam longkang walaupun pada masa itu, hanya baru beberapa sedutan sahaja yang diambil.
"Bukan senang nak jumpa orang macam uncle ni, pentingkan nasihat daripada rokok dia." dengus fikiran saya.
"Allahu Akbar! Allahu Akbar!" laungan azan bergema.
Selepas mendengar seruan azan itu, saya pun terus mematikan perbualan dengan pak cik Abdullah yang kelihatan ingin lagi bersembang dengan saya, mungkin kerana sudah lama tidak berbual dengan anak muda atau mungkin kerana rindu akan anaknya.
"Okay la pak cik. Dah azan ni. Jom solat. Alhamdulillah, pak cik dah masuk Islam. Jumpa lagi. Assalamualaikum." kata saya.
KISAH SEORANG IBU DARI SEBERANG.
Lagi sekali peristiwa yang telah berlaku di masjid yang sama tetapi berlainan hari.
Apa yang berbeza kali ini saya telah bertemu dengan seorang ibu bersama anak kecil yang berumur lingkungan bulan-bulan lagi di dalam dukungannya.
Tidak dapat banyak maklumat mengenai si ibu ini yang saya perolehi melainkan dia adalah seorang yang berasal dari negara Indonesia yang beragama Islam.
Ceritanya bermula begini, ketika saya pulang dari salah sebuah pusat beli-belah berhampiran institusi pengajian saya untuk membeli Smart Heart, saya melihat seorang ibu mengendong anaknya dengan hanya menggunakan kain batik.
Ibu di pagar utama masjid tersebut kelihatan sungguh penat dan tidak sabar untuk sampai ke destinasi.
Melihat akan dirinya, saya terfikir untuk menghulurkan sedikit bantuan kewangan.
"Assalamualaikum mak cik." sapa saya.
Dia kelihatan resah dan bingung selepas saya menegur dirinya lalu memeluk kuat anak kecilnya itu.
Spekulasi saya mengatakan mungkin risau dengan keselamatan dirinya mahupun anaknya.
Saya tidak menyalahkan dirinya kerana berbuat begitu, kerana zaman sekarang orang jahat tidak kira di mana sahaja mesti ada.
Samada di pasar, sekolah, mahupun di masjid.
"Mak cik jangan takut. Saya nak bagi duit sikit. Boleh buat belanja anak mak cik makan." tersenyum saya sambil melihat baby tersebut dengan mata bulatnya.
Alhamdulillah, walaupun tidak pernah berkenalan dengan saya dan pemberian saya pun tidak pun besar mana, tetapi dia terus menerima dengan membalas senyuman dan mengucapkan "Terima kasih ya dik, Alhamdulillah."
Sejurus dia pergi meninggalkan saya, saya terus melihat gelagatnya yang seronok dengan apa yang berlaku.
Ibu dari seberang itu kelihatan berbual dengan anaknya yang masih tidak boleh bercakap.
Di situ, saya merasakan sungguh malu. Kerana apa?
Kerana kurangnya konsep syukur yang wujud di dalam jiwa saya.
Ya. Kurangnya konsep syukur ini adalah isu yang saya rasa cukup elok untuk kita muhasabah semula pada diri kita.
Yalah, saya selalu mengeluh dengan apa yang saya ada.
Daripada aspek duit, teman, keluarga, makanan, pakaian, jiran, rumah, keputusan pelajaran atau dalam bahasa lainnya, terdapat 1001 aspek yang mungkin boleh dijadikan contoh.

Sebelum saya terlupa, saya ingin berkongsi satu rakaman yang ada kaitan dengan tajuk penulisan saya pada kali ini. Mohon supaya para pembaca mengambil sedikit masa untuk menonton tazkirah daripada Dr MAZA.
Justeru, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan semua pembaca agar perlu pupuk dan tanam sikap yang sentiasa bersyukur ini dalam hati diri kita.
Kenapa kita hendak memiliki sesuatu yang mungkin tidak boleh membawa sebarang kebaikan kepada kita melainkan kemudaratan?
Sebagai contoh, kita sudah miliki talifon bimbit tetapi tidak sama dengan talifon rakan kita yang jauh lebih mahal daripada harga talifon yang kita miliki.
Akibat ingin bergaya dan menjadi perhatian ramai, kita sanggup membelanjakan duit yang banyak untuk membeli talifon sealiran dengannya malah mungkin lebih mahal.
Kesannya, kita punyai masalah kewangan. Tidak cukup makan, tidak boleh beli itu dan ini.
Sekiranya kita membeli kerana keperluan dan bukan kehendak, masih boleh dipertimbangkan.
Bagaimana jika kita hanya menggunakan talifon tersebut hanya untuk SMS dan membuat panggilan tanpa menggunakan aplikasi di dalam talifon itu dengan sekerap yang mungkin seperti kawan kita yang benar-benar memerlukannya?
Adakah kita telah menjadi hamba kepada teknologi yang majoriti pengasasnya adalah bukan Islam? Atau, adakah kita telah menjadi hamba kepada nafsu yang sentiasa tidak pernah mengenali erti puas?
Saya tinggalkan persoalan itu untuk anda fikirkan.
Sekarang, saya hendak memberhentikan penulisan ini dengan sekali lagi saya menyeru supaya kita semua perlu menanam konsep syukur atas segala nikmat yang kita miliki, bagaimana caranya?
Fahamilah dengan apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w di dalam hadis di bawah,
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah." (Riwayat Muslim)
Cuba kita bandingkan dengan apa yang kita miliki dengan orang yang jauh lebih susah (tidak terhad kepada harta benda sahaja) daripada kita.
Cuba muhasabah diri. Perbaiki kekurangan diri.
Selamat beramal dan assalamualaikum.
gambar hiasan
|